Tuesday, July 23, 2013

5 Games Penembak Arcade Mesti Main Untuk IOS


Age Of Zombies ($0.99)


Sekali lagi permainan hebat daripada Halfbrick Studios, lebih dikenali dengan Jetpack Joyride dan Fruit Ninja. Age Of Zombies mengikuti pengembaraan Barry Steakfries kerana dia cuba untuk mengekang wabak zombie yang disebabkan oleh seorang saintis gila masa perjalanan. Halfbrick dikenali kerana gaya seni kartun, dan ia boleh dilihat dalam kuasa penuh di sini.
Permainan ini kekal nombor satu kerana reka bentuk dan tahap yang kukuh, cemerlang dan senjata yang menggerunkan. 

Darkside ($1.99)


Darkside meletakkan anda di dunia 3D. Menembak segala yang ada di galaxy untuk dimusnahkan. Mudah kerana galaxy yang kecil namun musuh yang kuat. Anda boleh memuat turun game ini untuk single/arcade mode secara percuma. Kalau ingin membuat mission, anda perlu membeli game ini.


Robokill ($2.99)


Permainan ini tidak menyediakan banyak pilihan dan plot cerita. Anda adalah sebuat robot di dalam sebuah kapal yang ditugaskan untuk membuat sesuatu. Kekurangan permainan ini adalah ianya melakukan perkara yang sama, iaitu robot membunuh sahaja, tiada tugasan lain. Dalam arcade mode, anda perlu membunuh semua musuh di setiap bilik (dianggarkan tidak lebih 1 minit untuk dihapuskan) dan kembali membuat benda yang sama untuk setiap bilik.

Space Miner HD ($4.99)


Permainan menembak asteroids(Batu meteor). Selain menembak asteroid, anda juga mengumpul mineral daripada asteroids itu dan menggunakan mineral itu untuk menambahbaik(upgrade) kapal anda kepada kapal yang lebih mantap dan mempunyai senjata yang sangat hebat. Permainan yang tidak membosankan, ditambah dengan grafik yang cantik, mission dan boss. Keseluruhan, game ini tidak membosankan.

PewPew (Free)


Permaian ini lebih kurang dengan Space Minor HD di atas, iaitu menembak asteroids. Yang membezakannya hanyalah grafik iaitu permainan ini lebih kepada teknologi moden seperti laser dan cahaya.

Grafik yang sangat simple menyebabkan sedikit bosan pada permainan ini. Namun musuh dan mission yang  sangat mencabar membuatkan anda tidak mengantuk bermain permaianan ini. Selamat mencuba.

0 comments:

Post a Comment