Tuesday, July 16, 2013

Xperia™ Tablet Z Review.



 


Tablet pertama yang kalis air (Waterproof) dan ini yang menjadikan tablet ini lain daripada yang lain.
Berbanding dengan tablet yang sedang rancak naik seperti ipad dan samsung tab, hanya tablet ini yang mampu "hidup" didalam air.



Namun, ramai yang mengatakan bahawa Tablet Z ini hanyalah sebuah Xperia Z yang dibesarkan.
Lihat saja gambar dibawah, faham apa yang dimaksudkan? 



Tablet ini mungkin lebih baik daripada lain-lain tablet kerana bentuk badannya yang lembut (smooth) apabila dipegang (soft-touch matte). 



Sekali lagi, Sony menghasilkan Butang On yang tersendiri dan berbeza dari yang lain.
Butang On yang sangat mudah dan selesa untuk ditekan. Namun, oleh kerana ia terlalu mudah untuk tekan, ketika saya menarik keluar Z Tablet ini daripada beg saya, ianya sudahpun dihidupkan dan berjalan.




Kepada pengguna Sony, pastinya mereka sudah tahu bahawa setiap gadget yang dihasilkan oleh Sony pastinya mempunyai penutup seperti gambar di bawah. Ianya juga terdapat pada Tablet Z ini dan ini sangat menyusahkan kerana setiap kali saya ingin mengecasnya, pasti perlu membuka penutup itu terlebih dahulu.
Tapi masih ada kebaikannya penutup ini. Tablet Z ini sepenuhnya kalis air, bentuk badannya menutupi segala ruang bagi menghalang air daripada masuk.



Saya pernah dengan SENGAJA menjatuhkan tablet ini kedalam air dan mencurah air coke ke tablet ini, yeah memang terbukti tablet ini 100% kalis air.
(TAKE NOTE : Hanya nasib sahaja menyebelahi anda apabila air jatuh ke tablet ini apabila anda sedang mengecas atau mendengar menggunakan earphone kerana ketika ini penutup sedang terbuka ^^)



Tidak banyak yang boleh diperkatakan pada Tablet ini selain mempunya10.1-inch, 1920 x 1200 paparan. 
Bercerita mengenai screen pula, walaupun tablet ini mempunyai paparan yang lebih jelas dan jitu, namun terdapat sedikit kesilapan pada penghasilan colournya. Putih lebih kepadaa kuning! jadi apa yang anda lihat di screen akan kelihatan sepeti warna tua ataupun lbih dikenali sebagai old school colour. Screen tablet ini masih tidak dapat menandingi screen iPad, or a Nexus 10, ataupun Transformer Pad Infinity.




Daripada segi speaker pula, pastinya penambah baikan ada pada tablet ini. Bunyinya agak kuat berbanding tablet yang ada. Mempunyai 2 speaker di sebelah tepi. Bunyinya agak mantap ditambah dengan sedikit bass menjadikan speaker tablet ini menang berbanding dengan ipad or samsung tablet.



Kamera pula tidak banyak penambahbaikan. Hanya mempunyai kamera 8 Mp berserta zoom.
Gambar dibawah adalah contoh gambar yang ditangkap menggunakan tablet ini.



 Tablet Z's 1.5GHz Snapdragon S4 Pro processor bukanlah processor yang terbaik di pasaran. Kerana processor ini pernah menjadi isu pada tablet android. Tablet Z berfungsi seperti biasa, cuma kadang-kadang terdapat juga lagging dan perlahan ketika bermain game ataupun menggunakan software. Namun kekurangan ini dibantu oleh 2GB Ram, 16GB/32GB internal storage dengan miroSD.


Jadi apa yang boleh diperkatakan pada Tablet Z ini adalah :

 

PERKARA BAIK
Nipis, ringan, dan BINAAN YANG MANTAP
Tablet kalis air yang hebat
Prestasi yang kukuh dan hayat bateri YANG LAMA


PERKARA KURANG BAIK
SCREEN COLOUR TIDAK BERAPA CANTIK
MUNGKIN AGAK MAHAL UNTUK TABLET SEPERTI INI.


0 comments:

Post a Comment